Kueh Dada

Karangan Ekspositori


18:15 @ Thursday, 10 November 2011


NAMA : Nursabrina.
KELAS : 308




KARANGAN EKSPOSITORI

Tajuk : Kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang. Jelaskan sebab-sebabnya.


Pulau Ubin bermaksud ‘pulau granit’ dalam Bahasa Melayu yang diambil sempena kuari granit yang telah ditinggalkan di pulau tersebut. Perkataan ubin dalam istilah Jawa ialah ‘batu empat persegi’. Pulau Ubin adalah satu-satunya tempat yang masih lagi mempunyai rumah kampung dan ia mempunyai alam semula jadi yang menarik. Ia penting untuk kite mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin. Sebab-sebab mengapa kita harus berbuat demikian dijelaskan di bawah.

Sebab yang pertama ialah supaya generasi muda tahu bagaimana kehidupan kampung dahulu. Di dalam zaman yang serba moden, canggih dan pembangunan yang sering terjadi, sudah susah untuk kita menemukan rumah kampung. Hanya Pulau Ubin yang masih lagi mempunyai rumah perkampungan dan itulah sebabnya mengapa kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin supaya generasi-generasi muda dapat merasakan kehidupan tinggal di kampung dan mengalaminya sendiri. Contohnya, pihak sekolah mungkin boleh menganjurkan lawatan ke Pulau Ubin dan belajar tentang tradisi Melayu dengan lebih dalam lagi dan pada masa yang sama, merasakan kehidupan kampung.

Sebab yang kedua ialah memberi peluang untuk orang melalui pengalaman yang baru. Orang-orang boleh mengalami pengalaman baru seperti berkhemah di sana ataupun memancing kerana di Pulaun Ubin, udaranya lebih segar dan alam semula jadi di situ lebih menarik. Pulau Ubin penuh dengan hutan-hutan, binatang-binatang seperti babi hutan ataupun anjing.

Sebab yang seterusnya ialah mempelajari sejarah Singapura suatu masa dahulu. Orang-orang yang berminat dalam sejarah Singapura boleh ke Pulau Ubin dan belajar tentang bagaimana nama Pulau Ubin terjadi, siapakah orang-orag yang pernah tinggal di Pulau Ubin ataupun apakah keistimewaan Pulau Ubin. Contohnya ialah melakukan penyelidikan atau projek,

Sebab yang terakhir ialah destinasi pelancongan. Oleh kerana hanya Pulau Ubin yang mempunyai kampung, ia menjadi sebuah daya tarikan kepada para pelancong yang berasal dari bermaca negeri seperti Australia, China dan sebagainya. Mereka ke Pulau Ubin untuk mengetahu cara kehidupan kampuang dan pada masa yang sama, mereka boleh meneroka keindahan Pulau Ubin. Para pelancong mungkin boleh berbasikal di sana ataupun berkhemah dan belajar tentang Pulau Ubin. Mereka akan juga mengerti dengan lebih lanjut tentang Pulau Ubin dan menjadi tertarik kepada keindahan alam semula jadi di Pulau Ubin.

Secara kesimpulannya, Pulau Ubin memang harus dikekalkan untuk masa yang akan datang dan juga untuk generasi-generasi muda supaya mereka tahu tentang kehidupan kampung. Ia juga harus dikekalkan supaya generasi-generasi muda tidak hanya tahu tentang zaman moden ini tetapi juga masa dahulu. Kita tidak boleh membiarkan generasi-generasi muda ini tidak tahu tentang masa dahulu.




Say something? 0 comments


Profile

Profile

Nama kumpulan kami ialah Kuih Dada. Anggota kumpulan kami ialah Husnul, Syahmi, Sabrina & Fitri. (:


Links

Links



Wikipedia / Pulau Ubin / Pulau Ubin stories / Group? / Group? / Putra's group / Group? / Farahdee's group / Haikal's group / Group? / Group? / Group? /


Tagboard

Tagboard


Credits

Thanks!

Layout by: Jos
Images:
Best viewed: GC