Karangan Naratif
Nama: Md Syahmi
Kelas:306
Tajuk: Tuliskan sebuah cerita tentang seseorang yang telah dibesarkan dalam suasana kampong dan kini ,telah mencapai kejayaan dalam kehidupan .
Kamal adalah seseorang yang miskin . Kamal dan keluarganya tinggal di rumah kampung yang kecil. Namun , dia suka membina barang-barang yang berguna dan akan menolong keluarganya membuat hidup mereka lebih sempurna . Walaupun Kamal datang dari keluarga yang miskin , dia membina barang dan menjual barang-barang untuk menolong ibu dan bapanya.
Kamal terkenal di kampungnya kerana dia kadang-kadang menolng jiran-jirannya untuk memebina barang-barang yang berguna. Tetapi , bapa Kamal tidak setuju dengan minatnya kerana dia berasa bahawa ia berbahaya dan tidak akan menolong Kamal berjaya di masa hadapannya. Walaupun bapanya tidak setuju dengan minat Kamal, ibunya Kamal setuju akan minatnya kerana dia berasa bahawa ia akan menolong Kamal berjaya dan Kamal tetap membina di belakang bapanya .
Sesuatu hari apabila Kamal sedang membina tandas untuk jirannya, dia menghadapi kemalangan yang membuatnya patah kakinya .. Apabila dia di hospital,dia dimarahi oleh bapanya dan dihalau daripada rumahnya kerana dia tidak mendengar perintah bapanya. Ibunya Kamal cuba memujuk bapanya untuk memberi Kamal satu lagi peluang. Tetapi , bapanya tidak setuju.
Bila Kamal dihalau oleh bapanya , dia ingin menunjuk kepada bapanya bahawa dia boleh berjaya. Dengan keyakinaan dan kerja keras Kamal, dia dapat membuat syarikatnya yang sendiri dan dapat berjaya.Untuk menunjukkan bahawa dia telah berjaya kepada bapanya , dia melakukan projek untuk memperbaiki kondisi di seluruh kampungnya.
Apabila bapanya Kamal melihat kejayaan Kamal, dia sedar bahawa dia yang salah dan menerima Kamal kembali. Walaupun Kamal adalah seseorang yang miskin, dia telah menunjukkan bahawa dia boleh berjaya.