Kueh Dada

Pengalaman di Pulau Ubin


20:00 @ Tuesday, 8 November 2011


Pada 8 November 2011, Selasa, kami dan rakan-rakan melayu dari sekolah kami serta empat orang guru telah ke Pulau Ubin untuk mempelajari tradisi Melayu dengan lebih mendalam lagi. Pada jam 7 pagi, kami berhimpun di sekolah sebelum menaiki sebuah bas ke Changi Ferry Terminal. Setelah tiba di Changi Ferry Terminal, kami diberi beberapa arahan sebelum menaiki bot ke Pulau Ubin. Kami semua diberi $5 sebelum menaiki bot ke Pulau Ubin. $5 ini harus dikongsi bersama satu lagi kawan apabila menaiki bot. Ini adalah untuk pembayaran ke Pulau Ubin. Kami semua berasa malas ingin ke Pulau Ubin. Mungkin kerana cuaca pada masa itu sejuk kerana hujan yang lebat. 


Apabila kami tiba di Pulau Ubin, kami menaikki sebuah van yang membawa kami ke Kampung Riang Ria di mana kami akan melakukan aktiviti-aktiviti di sana. Aktiviti-aktiviti seperti lukisan batik, bermain permainan tradisional dan membuat kuih dadar. Perjalanan ke Kampung Riang Ria tidak memakan masa yang lama. Setiba sahaja di sana, kami disambut oleh tuan rumah, Cik Fatimah & Encik Juraimi. Kemudian, kami diarahkan untuk duduk bersama anggota kumpulan. 


Kami melakukan lukisan batik untuk aktiviti pertama. Kami diajar oleh Cik Fatimah dan suaminya, Encik Juraimi. Kami diberikan sekeping kertas yang bergambar dan sebuah canting yang mengandungi lilin cecair. Kami harus menggunakan canting itu untuk berlatih melukis dan memastikan yang kita boleh menggunakan canting dengan betul. Apabila kita rasa yang kita boleh menggunakan canting itu dengan betul, kami akan diberikan sebuah lukisan dan kita sudah boleh memulakan lukisan batik. Kami mewarnakan lukisan itu dengan menggunakan sebatang berus dan pewarna. Lukisan kami harus ada dua tonasi supaya ia kelihatan lebih cantik. Sekiranya ada tumpahan lilin cecair di lukisan, Encik Jumali boleh menolong kami untuk menghilangkannya dan jikalau cairan lilin itu sudah hilang tetapi masih tidak boleh mewarnakannya, Encik Jumali akan melakukan sebuah teknik yang dia panggil ' Backstab' untuk isikan warnanya. Apabila kita sudah selesai dengan lukisan kami,  kami harus memberikan kepada Encik Juraimi dan dia akan membantu kami menjemurkan lukisan-lukisan itu supaya kering. 


Pewarna dan berus. 
Lilin cecair
Encik Juraimi sedang memegang canting. 


Activiti yang kedua ialah bermain permainan tradisional. Kami dibawa ke sebuah kampung berdekatan. Kami disambut oleh Kak Faz. Dia menceritakan sejarah rumah kampung itu. Rumah kampung itu dimiliki oleh seorang wanita tua yang dipanggil Mak Hitam. Rumah kampung masih lagi dalam keadaan yang sempurna dan dijaga dengan baik walaupun ia sudah berusia lebih dari tiga puluh tahun. Kami bermain congkak, gasing dan tapak kuda. Kami berasa sangat gembira dan seronok sekali.


Aktiviti yang terakhir yang kami lakukan ialah membuat kuih dadar. Cik Ros menunjuk kami limau-limau dan sayur-sayur yang berbeza dalam segi bentuk, bau dan kegunaan mereka. Selepas itu, Cik Ros memberi arahan dan menunjuk kami cara untuk membuat kuih dadar. Ia agak senang untuk membuat kuih dadar. Caranya ialah pertama, kami harus meletakkan campuran di kuali dan membiarkan ia masak. Kemudian, angkat campuran itu lalu meletakkan kelapa parut yang telah dicampur gula melaka. Akhir sekali, kita harus menggulungnya dan kuih dadar telah pun siap. Kami semua harus membuat kuih dadar dan Cik Ros membantu kami apabila kami memerlukan pertolongan.


Lawatan itu berakhir dengan penyampaian hadiah. Syahmi mendapat tempat kedua dalam peraduan membuat kuih dadar manakala Fitri pula mendapat tempat pertama. Dari situlah kami menamakan kumpulan kita 'Kuih Dadar'. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah, Cik Fatimah, Encik Juraimi, Cik Ros, guru-guru dan lain-lain sekali yang telah menjayakan lawatan ini. Kami berasa puas hati dan juga sedih kerana lawatan ini sudah berakhir. Namun, kami telah berlajar banyak benda dari lawantan ini dan kami tak akan lupakan pengalaman kami di Pulau Ubin.




Antara usaha-usaha yang pemerintah ambil ialah kontroversial. Pihak pemerintah ingin menjadikan Pulau Ubin sebuah tempat peruhaman tetapi masih belum pasti. Tetapi bagaimanapun, keputusan untuk menjadikan Pulau Ubin sebuah tempat perumahan terletak di dalam tangan pihak pemerintah. 


Renungan-renungan kami :


Syahmi - Saya mempelajari bahawa kehidupan di kampung seronok kerana di kampung ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti lukisan batik. Saya juga mempelajari bahawa Pulau Ubin adalah kampung yang terakhir di Singapura.


Sabrina - Lanjutan ke Pulau Ubin sangat menyeronokkan bagi saya. Melalui lanjutan itu juga, saya dapat mempelajari benda baru seperti membuat kuih dadar dan lukisan batik. Saya berharap agar pihak sekolah akan melakukan aktiviti sebegini lagi pada masa hadapan.


Fitri - Pulau Ubin telah mengajar saya untuk menghargai alam semula jadi kerana ramai orang tidak mengambil berat tentang alam semula jadi dan kami sering mengabaikannya. Ramai murid zaman serkarang tidak merasakan bagaimana untuk hidup di kampung dan ini membuat saya sedih kerana saya tidak mengalaminya.


Husnul - Saya telah mempelajari bahawa kehidupan di Pulau Ubin itu tidak bergitu bersih, tetapi mereka ada hidupan yang sederhana. Mereka tidak perlu pergi ke pasar sangat kerana mereka ada sedikit tanaman sendiri. Jikalau mereka hendak masak, mereka hanya pergi ke luar rumah mereka dan masuk dengan sayur-sayuran segar mereka.Saya juga mempelajari bagaimana hendak mewarna lukisan gunakan cairan lilin sebagai bordernya dengan pewarna.Saya juga akhirnya pandai bermain gasing dan congkak. Akhirnya, saya mempelajari juga bagaimana hendak masak Kuih Dadar. Memasaknya bukan susah, amat senang juga untuk dibuat. Saya juga mempelajari tentang limau-limau yang berbeza dan kegunaan-kegunaan mereka. 




Say something? 0 comments


Profile

Profile

Nama kumpulan kami ialah Kuih Dada. Anggota kumpulan kami ialah Husnul, Syahmi, Sabrina & Fitri. (:


Links

Links



Wikipedia / Pulau Ubin / Pulau Ubin stories / Group? / Group? / Putra's group / Group? / Farahdee's group / Haikal's group / Group? / Group? / Group? /


Tagboard

Tagboard


Credits

Thanks!

Layout by: Jos
Images:
Best viewed: GC