Karangan Naratif
Nama : Husnul Basri
Kelas : 308
Tajuk : Tuliskan sebuah cerita tentang seorang yang dibesarkan di kampung, dan kini mencapai kejayaan di kampung.
Tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilik Hashim. Hashim adalah seorang budak yang cacat semenjak umurnya lapan tahun. Hashim hilang kekuatan untuk menggerakkan kakinya akibat kemalangan motosikal. Hashim sedang membonceng motosikal ayahnya semasa kemalangan itu berlaku. Semenjak hari itu, dia memerlukan pertolongan kerusi roda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Sebelum kemalangan itu, Hashim sering menolong ibunya menghantar sarapan kepada jiran-jirannya dengan basikal. Hashim mempunyai keluarga yang amat rapat. Hashim mempunyai seorang abang yang bekerja sebagai seorang pegawai polis.
Selepas kemalangan itu, keluarga Hashim tidak serapat seperti dahulu. Hashim sekarang berusia 15 tahun. Hashim sering dibaling batu kepadanya apabila dia pergi ke taman permainan untuk melihat budak-budak di sana bermain. Hashim dibenci oleh budak-budak kampung itu kerana abangnya sering menangkap bapa-bapa budak-budak itu mengambil dadah. Keluarga Hashim bermula menjadi borak-peranda akibat kecacatan Hashim. Setiap malam, Hashim tidak boleh tidur dengan lenyap, dia diganggu gelisah dan gelabah.
Ketika kokok ayam mula kedengaran, ketika lena tidur Hashim masih panjang. Hashim bermula menolak kerusi rodanya keluar rumah dan pergi ke taman permainan. Angin pagi bertiup sayu melewati jendela, meyapa sepi wajah Hashim. Tiba-tiba, kerusi roda Hashim ditarik dan ditolak ke sesuatu tempat gelap dan sunyi. Segugus debaran menggoncang dada Hashim. Tiba-tiba Hashim ditumbuk dan ditendang dengan beberapa orang. Mereka sedang dalam keadaan tidak stabil kerana mereka telah mengambil dadah. Hashim ditinggal di lantai itu, merayu untuk pertolongan.
Beberapa minit kemudian, Hashim diangkat dan diletak ke kerusi rodanya oleh penghulur kampung. Hashim pulang ke rumahnya dengan menggunakan semua kekuatan dan semangatnya, sebelum pingsan di depan rumahnya. Hashim dilarikan ke hospital yang berdekatan, iaitu di bandar. Ibu bapa Hashim berlari ke hospital itu untuk merawat anak mereka yang sedang cedera. Keluarga Hashim bermula sadar bahawa mereka telah terlalu sibuk dalam hidup mereka dan tidak mengambil tahu tentang pahit-muang kehidupannya. Hashim bangun dan ibu bapanya bermula bersuara “ Hashim, ibu dan ayah hendak meminta maaf tentang apa yang telah terjadi. Kami tahu selama ini, kami tidak mengambil tahu tentang kehidupan Hashim. Kami betul-betul berasa sedih dan marah terhadap perbuatan orang-orang yang memukul Hashim” airmata lalu mengalir membasahi pipi Hashim dan ibu bapanya. Abang Hashim pula berkata “ Hashim, Abang ingin meminta maaf. Abang sering sibuk bersama kerja dan tidak ada masa untuk Hashim. Abang marah dengan diri abang kerana abang tidak dapat menangkap pengambil dadah itu.” Hashim terus berkata dengan suara yang sedih dan pilu “ Ibu , ayah, abang, Hashim hanya mahu kamu semua untuk mengambil berat dan jangan sibuk sangat dengan kerja-kerja kamu. Sudah lama Hashim tangisi kepiluan diri walaupun tiada air mata yang mengiringi. “
Selepas itu, doctor memasuk kedalam bilik itu dan berkata “ saya ada berita baik. Hashim boleh belajar berjalan lagi dengan pertolongan obat ini. Hashim harus makan ini setiap hari untuk menguatkan tulang-tulangnya dan juga kuatkan otot-ototnya. Dia juga perlu berlatih dengan perlahan-lahan”. Hashim bersenyum, kuntum kegembiraan mengembang di hatinya sekaligus menghalau debaran yang memukul dada. Keesokkan hari, seluruh kampung berdiri di luar rumah Hashim untuk meminta maaf. Selepas itu, setiap hari, mereka menolong Hashim berjalan dengan perlahan. Selepas enam bulan berlatih, Hashim sudah boleh berjalan dengan senang dan juga berlari. Hashim bermula berlari untuk sekolahnya dan sering memasuk dalam posisi pertama. Hashim bermula menjadi terkenal dan tiada orang bencinya lagi. Kebahagiaan Hashim belum ada perbindangan semenjak itu.